ROTI JALA COLOURFUL

Assalammuallaikum..!!dah minum petang ke ni? jom minum ayu ada buat roti jala ni,Colourful lagi.tapikan penat lah juga nak menjala ni.peluh jantan pun keluar..hhehe.nasib baik menjala kat dapur,kalau kat laut mahu pengsan dibuatnya..kuyup satu badan ni...hemmm..sebenarnya tengahari tadi masak kari sardin tu le terfikir nak buat roti jala ni..eeehhh,roti jala ke roti kirai ya?? tak apa lah asalkan sedap.jom layan kat bawah ni resepi ROTI JALA COLOURFUL...
bahan2nya:
4 cawan tepung gandum
2 cawan santan
2 cawan air
2 biji telor
1 sudu kecil garam
2 pewarna pilihan -hijau dan pink
sedikit minyak

cara2nya:
masukan semua bahan2 kedalam mangkuk besar kecuali pewarna.
kacau sehingga larut dan sebati.
tapiskan adunan supaya tidak berbiji.
bahagikan kepada dua bahagian dan bubuh pewarma.


isikan kedalam botol lubang 1 seperti gambar ni..
kemudian panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak dalam kuali.


jalalah ikut sesuka hari seperti ini.


ni dah siap masak dan nak di gulung.


gulung lah seperti ini.


.
taraaaaaaaaaaaaa...ni lah ROTI JALA COLOURFUL yang sudah siap dimasak.
bolehlah dihidangkan dengan kuah kari..
~SELAMAT MENCUBA~

No comments:

Post a Comment