BLUE CHIFFON CAKE

Assalammualaikum buat semua sahabat blogger?moga sihat2 hendaknya hari ni..aminnn..
Hari ni ayu teringin nak buat kek so ayu tak tahu nak buat kek ape ya hari ni??fikir2 dan derhaka sikit dekat blogs sahabat.intai2 dan jeling2 le kek mana yg sedap n tekak ni pun rasa sejuk aje nak makan kek hari ni..heheheh...so tadi jumpa lah 1 resepi chiffon cake..wahhhhhhhh!! yg ni tak penah buat le!!!..hehhe.tapi on aje lah,ayu cuba lh buat kek ni.tak tahu jadi chiffon atau kek batat..hahahaha...
jom lah layan resepi ni dulu untuk menghasilkan kek chiffon ni.....

BLUE CHIFFON CAKE
bahan2 A:
6 biji telor kuning
2/3 cawan minyak masak
2/3 cawan susu cair
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung diayak
2 sudu kecil baking powder diayak
sedikit esen vanilla
sedikit pewarna biru

~Satukan kesemua bahan2 A dan pukul sebati sehingga tidak berbintik

bahan2 B:
6 biji putih telor
2/3 cawan gula pasir
1 sudu kecil cream of tartar

~Satu kan bahan2 B dan pukul sehingga gebu berkrim seperti gambar di bawah


Bila dah putih gebu satukan pula kedalam bahan2 A tadi dan kaup balik semua adunan menjadi sebati


ni lah hasilnya bila dah di campur bahan2 A dan B tadi.
masukan kedalam loyang yang sudah di sapu dengan sedikit marjerin.
bakar selama 50min atau sehingga masak suhu 170'c.


yesssssssssss..ni lah hasilnya BLUE CHIFFON CAKE ku..heheh..cantik tak?..
ok lah ni dri tak ada kan..memg lembut gebu dan sedap...


~SELAMAT MENCUBA~


No comments:

Post a Comment