COFFEE COKLAT CHIP COOKIES

Assalammuallaikum semua,selamat pagi ya?alhamdulilah sampai ke hari ini ayu masih berada di blog ini.selagi ayu masih di sini selagi itu lah tangan ini menari-nari menaip resepi yang sederhana dari ayu untuk semua sahabat insaalh...sekira ada kesilapan dan ketidak selesaan dri blog ayu sila komen ya.moga dengan setiap komen dari sahabat itu akan ayu perbetulkan...
ok lah sahabat,ayu nak share 1 resepi yang ayu buat minggu lepas.biskut ni ayu suka sangat2 sebb ada perasa dan bau yang cukup harum.resepi ni ayu main reka2 aje tapi alhamdulilah sedap dan anak2 cukup suka..huhuhu dah pun habis 1 balang...huhuhuhu...jom kita jengok2 resepi kat bawah ni ya!!..

COFFEE COKLAT CHIP
bahan2nya:
440g tepung biskut Mix
250g butter/marjerin
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan coklat chip
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu makan coffee flavour
1 sudu makan pewarna peach
secukupnya coklat chip(hiasan)

cara2nya:
Pukul dengan spatula butter/marjerin sehingga kembang
Masukan pula serbuk koko,coffee flavour,pewarna peach dan esen vanilla pukul sehingga sebati
Masukan pula coklat chip dan tepung biskut mix adun sehingga menjadi doh lembut.
Canaikan adunan dan tekap dengan acuan mengikut bentuk acuan yang anda inginkan.
Susun dalam dulang pembakar dan hiaskan ia dengan coklat chip atasnya
Bakar selama 20min suhu 170'c sehingga masak.


ni lah tadi COFFEE COKLAT CHIP yang sudah siap di bakar..
tak cantik kan?..tapi walahhhhh!!1...sedappppppppp!!....suka biskut ni sebab aroma dan rasanya
serta kerapuhan biskut ni...
ok semua..selamat mencuba dan salam ramadan dari ayu buat semua...



No comments:

Post a Comment