CRAB STICK SPICY

Assalammuallaikum semua..terasa penatnya hari ni,bangun jam3.30am sampai sekarang belum lagi dapat melelapkan mata sebentar sebb macam2 tugas menanti kat rumah ni...Raya raya raya,sebab tu leh penat macam mana pun dan mengantuk macam mana pun teruskan tugas ni untuk merapikan rumah.nak sambut syahwal ni...semangat tu kemas rumah..luar dalam ayu selok habuk,tapi tetap juga berhabuk rumah ni..huhuhu
ok lah,ayu tak mahu cita panjang2 ni.klu cita penuh 1 blog ni kan?
ok lah ni ayu nak kongsi 1 resepi buat semua sahabat blogger.resepi ni ayu dapat dari dua sahabat FACEBOOK yang selama ini banyak membantu dan dalam segi masakan dan resepinya semua sedap2..ayu kenalkan namanya ialah ROHANA SULAIMAN dan seorang lagi yang beri juga resepi ni iaitu 
SALMAH HARON..tk ya resepinya ANA n SALMAH..Memang sedap resepi yang di beri dan rasanya tak cukup le..huhuhu..kene buat lagi ni.. ohhhhhhh ya!!!..maaf maaf maaf..resepi ape ya???heheheh


yaaaaa...resepi ni lah ayu nak cita tadi..
CRAB STICK SPICY
maaf lah yang empunya resepi,ayu dah ubah bahan2nya untuk mendapatkan rasa yang agak pedas sedikit..jangan marah ya..heheh sayang kamu.....

CRAB STICK SPICY
Bahan2nya:
1kg crapstik
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan serbuk kari BABA's
2 sudu makan serbuk tomyam putih
sedikit garam
10 tangkai daun kari(ambil daunnya sahaja)
Minyak mengoreng secukupnya

Cara2nya:
Potong memanjang di tengah2 crabstik
Kemudian ambil sepotong crabstik yang di potong setengah tadi di hiris 4 bahagian memanjang
Setelah itu ambil sepotong hirisan memanjang tadi dan di leraikan selapis-selapis(setiap
1 hirisan ada 3 lapisan atau 2) buat sehingga habis.
Ambil mangkuk besar muat2 untuk isi crabstik 1 kg.
Masukan semua bahan2 di atas kecuali minyak
Gaul rata sehingga semua rempah bersatu dengan crabstick tadi
Bila semua dah di salut dengan rempah dam bertukar warna kemerahhan
Bolehlah di goreng sehingga garing dan naik bau kari.
Toskan crab stick spicy yang siap di goreng tadi
dan simpan dalam bekas kedap udara

Tips ~ sila goreng crab stick hingga benar2 garing(jangan hangit pula ya) 
kalau tak garing nanti ia kan lembik sedikit...kalau goreng sehingga garing akan mendapat
satu cita rasa keropok yang enak.


ni lah hasilnya CRAB STICK SPICY tadi..ia nya meng sungguh sedap dan rapuh..
ok lah semua sahabat.itu saja dulu dari ayu ok.
selamat mencuba dan salam ramadhan dari ayu untuk semua


No comments:

Post a Comment