NASI BERIANI AYU

Assalammuallaikum...jom jom jom nak ikut ayu tak??laaaaa..lupa ya??kan dah janji dengan ayu nak sama2 salin resepi NASI BERIANI yang ayu masak ni??lupa ya??tak pe,mai ayu ingatkan ya? tadi kan ayu postingkan AYAM MASAK MADU kemudian ada pulak Posting nasi beriani tapi tak ada resepinyakan??so ni le ayu nak kasi resepinya kat semua sahabat.so apr lagi.salin le resepi kat bawah ni..heheheheh               Oopppp!!!!...jangan lupa buat tau..sedapppppppppppp..try lah~
NASI BERIANI AYU
Bahan-Bahan:
1 kg Beras Basmathi.
2 sudu besar Minyak Sapi.
1 cawan Minyak Masak.
4 ulas bawang merah besar dihiris halus.
3 keping kulit kayu manis.
5 biji buah pelaga.
3 kuntum bunga lawa.
5-8 biji buah jagus dan sedikit buah kismis.
1 sudu besar rempah beriani tulin.
Bahan untuk dikisar:3 biji bawang besar + 5-6 ulas bawang putih.
2 batang serai di ketuk.
3 Biji bawang Besar dihiris halus untuk ditumis.
1/2 tin sup tomato kimboll
2  sudu besar tomato puree.
1 tin susu cair.
garam dan perasa
CARA-CARA MASAK:
Sukat beras dengan menggunakan cawan.Sukat air yang digunakan mengikut persamaan beras.Sekira sukatan beras adalah lapan cawan; air yang diperlukan untuk memasak adalah 8 cawan juga.Ingatlah sukatan nisbah 1:1 ini adalah rahsia pengalaman masak nasi beriani.
Basuh beras dengan air hanya dua kali sahaja.Kekerapan basuh akan mengakibatkan nasi berkembang dan pecah.(dari pengalaman rendam beras yang telah basuh kira 10 minit dalam air panas membawa hasil nasi yang tak belekit dan cantik.Toskan beras yang telah dibasuh.
Hidupkan api atau rice cooker.Apabila panas masukan minyak masak satu senduk sederhana diikuti dengan Minyak sapi.(Walau pun kebiasaannya hanya minyak sapi yang digunakan tetapi mamak sengaja kurangkan bau tengit minyak sapi itu kepada minyak masak.hasilnya adalah amat memuaskan.
Masukkan minyak diperiok sederhana atau rice cooker bersama minyak sapi,bila minyak panas masukan rempah ratus kayu manis,buah pelaga,garam,perasa dan bunga lawang.Masukan bawang dan bawang putih yang telah dikisar dan diikuti oleh Bawang yang dihiris dan juga cili merah dan rempah beriani.
Apabila gorengannya mengeluarkan bau haruman, masukan air yang telah disukat kedalam adunan tadi.Diikuti oleh susu cair,tomato puri,tomoto sup.Tutup  dan perlu tunggu air akan mendidih.Masukan beras yang telah tos kedalamnya.Kacau rata-rata  mengikut sama arah pusingan.Tutup tudung dan kecilkan api.Adalah hasil terbaik sekali sekiranya gunakan periok dan tentukan tiada wap terkeluar dengan meletakan beban keatas tudung periok tadi.Tunggu sehingga 20-30 minit atau wap yang tekanan tinggi akan keluar serata menandakan nasi telah masak.Buka tudung dan membalik-balikkan nasi supaya bergaul lapisan bawah dan atas.Taburkan bawang goreng dan daun pudina.Nasi sedia untuk hidangan.




ni lah NASI BERIANI AYU..napa ya ada nama ayu tu..sebab ayu yang  buat dan sedap semanais ayu juga..heheh..jangan marah,ayu gurau2 di petang hari..ok semua silakn mencuba andai ada salah dan silap harap di maafkan dari ayu buat semua sahabat blogger & facebook



Selamat menjamu selera semua..
Maaf Zahir Batin.



No comments:

Post a Comment