TIPS MEMBUAT MERINGUE

TIPS MEMBUAT MERINGUE

Bila kita membuat meringue, sebaik-baiknya gunakan telur putih yang sejuk (yang telah disejukkan didalam peti sejuk). Dan bila mengasingkan putih telur dan kuning telur, sebaik-baiknya jangan ada setitik lebihan kuning telur yang masuk kedalam campuran putih telur. Kerana sedikit lebihan kuning telur yang ada dalam campuran putih telur akan tidak dapat menghasilkan meringue yang sedap lagi ranggup. Sama juga macam kita buat Kek Lapis. 



Setelah putih telur yang sejuk itu diasingkan, biar ia pada suhu bilik selama 30 minit kasi dia relax kerana putih telur yang pada suhu bilik akan lebih senang untuk kita pukul hingga gebu dari yang sejuk. Putih telur yang tadi disejukkan supaya senang untuk kita asingkan dari yang ada pada suhu bilik. 




Yang penting, perkakas mixer yang kita gunakan biarlah ia bersih dari segala jenis air/ minyak dan sebagainya. Ini tips untuk menghasilkan putih telur yang dapat dipukul sehingga kembang dan gebu. Jika mangkuk mixer ataupun perkakasnya ada kelembapan (air) ini akan tidak dapat menghasilkan meringue yang dikehendaki. Untuk buat meringue sebaiknya gunakan mangkuk besi macam kenwood itu, putih telur akan kembang cantik berbanding dengan mangkuk plastik. 




Masukkan putih telur dalam mangkuk mixer dan pukul pada kelajuan tinggi. Jangan takut jika nampak buih-buih dalam adunan putih telur ini adalah normal. Untuk menghasilkan meringue yang sempurna pukul putih telur dengan whisk menggunakan tangan tidak digalakkan. Semakin lama putih telur dipukul buih-buih akan larut dan adunan putih telur akan berganda 6 hingga 8 kali dari segi kuantiti asal dan juga ia lebih stabil dan warnanya bertukar putih cerah.




Gula pula adalah penting sebaik-baiknya gunakan superfine sugar (gula kaster) yang halus sikit kerana ia mudah larut. JANGAN masukkan semua gula pada satu masa, sebaik-baiknya sewaktu mixer mumukul adunan putih telur masukkan 2 sudu besar gula pada satu masa setiap kali sehingga habis. Jika nak tahu gula sudah larut ke belum, ambil sedikit putih telur dan rasa antara jari jika masih berpasir, gula tersebut belum larut lagi. 




PENTING: Jika anda memukul putih telur, haruslah mixer ditidak dihentikan dan terus memukul sehingga anda masukkan gula dan pukul lagi adunan sehingga ia menjadi kental dan likat dan bersinar sikit. Jangan matikan mixer separuh jalan, ini akan menghasilkan meringue yang mungkin tidak set dan mudah melekat dan melekit bila dibakar.




Meringue sudah set bila anda angkat adunan dengan sudu dan ia tidak cair dan tidak jatuh adunan tersebut. Lagi satu jika anda buat bulatan pada adunan meringue dengan sudu adunan meringue akan membentuk haaaa ini bermakna meringue anda telah pun sempurna dan sedia untuk digunakan. 




Bila membakar pie/ biskut yang ada topping meringue, gunakan suhu sederhana dan bakar lama sedikit untuk menghasilkan meringue yang ranggup. 




TIPS: Untuk potong biskut yang ada meringue ataupun pie gunakan pisau yang telah dicelup dalam air sejuk. Harap info ini dapat membantu semua.
RESEPI MERINGUE
MERINGUE KISSES
Disumbangkan oleh Diana kepada Rnet
sumber: inahar's cooking time
Bahan-bahannya

(A)

2 biji putih telur 
180 gram gula
 
1/4 sudu teh cream of tartar


(B)

1/2 sudu besar tepung jagung 
150 gram coklat masakan, dicairkan


Cara-caranya

1. Pukul putih telur bersama dengan cream of tartar sehingga kembang dan kaku. Campurkan gula sedikit demi sedikit hingga pekat.
2. Kaup dan balikkan (B) hingga ia sempurna.
3. Bubuh adunan kedalam beg piping bermuncung bintang. Paipkan keatas kertas pembakar.
4. Bakar pada suhu 130 darjah C selama 1 jam atau sehingga ia ranggup.
5. Sesudah sejuk, celup meringue dengan coklat masakan cair. Letak diatas kertas minyak sehingga ia keras.



ni lah meringuie yg siap di celup coklat dan bubuh pula jem kesukaan......
tk resepnya sahabat cantik,menarik dan sedappp...

1 comment:

  1. Tunggu berapa lama ye, bila dah meringue dah siap? Saya buka sedikit pintu oven. Tapi , bila tgk balik dalam 25 minint. Still dekat tgh tgh dia lembik. Agak lembut. Mcam mana ya?

    ReplyDelete