KEK ROS MARBLE SUSU

Assalammuallaikum semua..tengah buat ape tu?..santai2 aje ya..bestkn kalau kepala ni rehat kan sekejap supaya tak tertekan dengan keadaan sekeliling...Cuti 2 hari ni bawa2 lah ke taman bunga untuk rehat kan minda tu...
Hari ni ayu nak kasi 1 lagi resepi yang ayu kongsi dengan rakan ayu di dalam group D COOKING ROOM.
Resepi ni cukup sedap sebb rasanya cukup lemak2,sebab dalam adunan nya ade susu pekat dan susu cair..
Jom ikut ayu tengok 2 resepi nya k..kalau mudah boleh try buat dan kalau tak mudah buat sila tunggu mood jadi mudah heheheh..Jom!!!..

Kek Ros Marble Susu

Bahan :
250g butter
2 cwn susu pekat manis

1 sudu teh ovelatte
1 cwn susu cair
5 biji telur saiz A
3 cwn tepung naik sendiri
2 pewarna kesukaan
3 sudu kecil perisa ros

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu. Sapu loyang dengan butter& tabur sedikit tepung bagi tak melekat.
2. Pukul butter dengan susu pekat sampai kembang.
3. Masukkan ovellate n perisa ros. Pukul lagi sampai sebati.
4. Masukkan telur pukul sehingga sebati
5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu dan pukul sehingga benar2 kembang
6. Bahagikan kepada 3 bahagian n 2 bahagian di warnakan kesukaan
7. Masukkan adunan berwarna selang seli. Ikut kreativiti.
8. Kukus antara 45minit/sehingga masak.
9. Sejukkan dulu baru keluarkan.





Taraaaaaaaaaaaa!!...cantik tak?..ayu rasa ok lah sebab warnanya tu buat tertarik tapi jangan risau..keknya juga sedap,lembut n gebu..ok semua sahabat..SELAMAT MENCUBA....


No comments:

Post a Comment